Powered By Blogger

TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

22 October 2011

TANGKI SEPTIK


ASSALAMUALAIKUM...


Korang tau x ape itu tangki septik...1st time aku dengar nama ni, aku pun xtau ape bendaalah ni tapi bila nak pezen pasal tajuk ni ape lagi mula la search kat internet...

Tangki septik ialah sistem olahan air buangan domestic yang paling digemari untuk mengolah air buangan dari rumah-rumah pengguna disebabkan oleh kos pembinaan yang rendah dan keberkesanan olahan yang tinggi. Kebanyakkan tangki septic yang dibina dahulu tidak mempunyai lapisan penapis. Ini mengakibatkan air buangan yang tidak diolah sepenuhnya mengalir ke dalam longkang atau ke dalam bumi.
Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum. 
Di dalam tangki septic, terdapat segiempat bujur yang dibina di bawah paras bumi untuk menyimpan bahan buangan selama sekurang-kurangnya 24 jam. Biasanya, tangki septic dibahagikan kepada dua kebuk. Di dalam kebuk pertama, berlaku fenomena pengendapan dan pencernaan tak berudara enapcemar. Kebanyakkan enapcemar yang tidak dicerna disimpan di dalam kebuk pertama. Kebuk kedua digunakan juga untuk menyimpan enapcemar. Pepejal terampai yang tidak mendak di dalam kebuk pertama akan disalurkan ke dalam kebuk kedua untik membolehkan  pengendapan seterusnya berlaku di dalam keadaan yang lebih tenang.
Isipadu kebuk pertama lazimnya 2 kali ganda isipadu kebuk kedua. Kedalaman tangki septic ialah di antara 1 hingga 2 meter dan nisbah panjang:lebar, lebih kurang 2-3:1.
Pencernaan tak berudara tidak dapat mereputkan semua enapcemar yang terdapat di dalam tangki septic. Oleh itu, enapcemar yang tidak dicernakan akan mendak dan berkumpul di dasar tangki. Enapcemar ini perlu dibuang setiap 3 hingga 5 tahun untuk menjamin keberkesanan olahan.
Kumbah yang keluar dari tangki septic masih memerlukan olahan kerana kepekatan permintaan oksigen biokimia yang masih tinggi. Adabeberapa kaedah yang dapat digunakan untuk mengolah sepenuhnya kumbah ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...