TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

31 July 2011

MEnanTU VS MeRTua


ASSALAMUALAIKUM....

Lama da x update blog...Rindu gle nak mengarang...hehehe...Macam da kawen plak wat entry cmnie kan...hahaha...but nak cete jgak kisah hubungan antara saya n bakal mak mertua ni...


Cinta kami bermula di zaman sekolah lagi. Besela cinta zaman skolah mest de halangan nyer kan... Mak sape yg bagi anak-anaknyer ber'couple' time sekolah... Tapi mak ayah saya x kisah je asalkan tau batas2 nyer... Nak dating pun kat umah je tau... That mean x semua org samakan kat dunia ni....

Di awal permulaan hubungan saya n mak mertua memg agak susah untuk mesra sampaikan pada satu masa x bertego sapa dalam 1 kete yang hanya saya n bakal mak mertua shaja...Sunyi sepi kete apabila Mr.K n bakal ayah mertua p toilet... Rasa diri masa tu terasing sangat...

Setiap kali kol or jumpa mest bergaduh dgn Mr. K ni,,,mintak putus kunun coz x dapat restu mak ayah...Mak ayah saya???Memg sporting gle...Support je pilihan anak even time skolah....heheheh..Luv u la mom n dad...

Dulu masa time skolah mane de nset2 ni...X macam skang....Budak sekolah rendah pun da ade nset...So kemudahan di rumah jela gunakan...Tiap kali balik ostel bergayut guna fon umah...X kira saya kol ke Mr. K kol ke...Mesti kena bebel oleh mak mertua ni...Kadang2 bila mak mertua angkat fon umah n dga sore saya, mak mertua saya akan diam pas2 akan letak fon...Wa sedihnya masa 2...Lastly saya decide, bila mak mertua saya xde baru saya akan kol Mr. K ni....Tok elakkan sakit ati kan.... 


Nasib la saya dapat support dari 2 kakak Mr. K ni...Macam2 la advice yang diorg bagi....Tapi bila hubungan da melebihi 5 taun....Sikit2 mak mertua saya boleh menerima saya sampaila skang tersasul terbahasa 'mak' kat saya...hehehe suka2...Skang ni saya da dapat title 'menantu kesayangan'oleh kakak2 Mr. K ni...



 


 Ni la kakak2 Mr. K yg banyak bg support..tanks ye kakak2 ku...








So tok kat lua 2 jangan mudah give up bila dapat mak mertua cmnie k...Lama2 sedikit demi sedikit diri kita akan diterima olehnya...Bak kata pepatah nak dapat anaknya mestilah dapatkan ibunya dulu...heheheh...Smoga hubungan saya n Mr. K ni kekal hingga akhir hayat...Amin.......


-> Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini....





21 July 2011

UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)
 












 
UTHM merupakan IPTA ke -15 negara yang bertukar nama daripada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) kepada UTHM pada 01 Februari 2007. Ditubuhkan secara rasminya pada 27 September 2000 setelah Jemaah Menteri meluluskan permohonan supaya Institusi Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) dinaik taraf menjadi sebuah universiti.

Pada awal penubuhannya iaitu 16 September 1993, UTHM dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) bagi melatih bakal tenaga pengajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui memorandum persefahaman di antara KPM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada 12 April 1996, PLSP telah ditukar nama kepada ITTHO.

Kampus Induk UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang pada awalnya mempunyai keluasan 38 hektar pada tahun 1993. Keluasan ini kemudiannya ditambah seluas 100 hektar pada Fasa 1 dan 99 hektar pada Fasa 2. Oleh kerana penambahan pelajar dan kekurangan ruang, Kampus Bandar telah diwujudkan 1 Mei 2004 di pekan Parit Raja. Pada tahun 2005 keluasan sebanyak 109 hektar telah diperolehi bagi kawasan anjung Labuh, Batu Pahat.


* Banyak sejarah lagi mengenai UTHM yang sebenarnya bermula daripada Politeknik Batu Pahat. Ramai penuntut daripada Politeknik BP telah berpindah ke politeknik-politeknik yang lain ketika peristiwa bangunan runtuh...


Tapi saya yang kini menjadi penuntut UTHM bangga dengan adanya universiti yang telah mengalami banyak perubahan dan peningkatan sehinggalah menjadi IPTA... Dan kini pada tahun 2011 UTHM telah mendapat ranking ke 15 daripada 65 buah universiti terbaik di Malaysia....=) 

My NEW DuTY toDay.....

ASSALAMUALAIKUM...

Mulakan harimu dengan senyuman....semoga apa yang kita wat diberkati ALLAH selalu...AMIN....hari ni i nak cete duty baru kat rumah i pada pagi ni...


Pagi ni washing machine kat rumah i rosak...so apa lagi kna basuh tgn la kan jawabnya...i ber2 bersama2 my mom berkerjasama membasuh baju...my mom amek part memberus i amek part membilas....part menyidai plak sma2 wat...tapi yang paling shahdunya apabila seorang ibu sgup basuh part pakaian 'dalam2' anaknya...so kelua la dari mulut i masa 2...malunya mak bsh....then my mom said ape nak gelinyer anak sendiri...tapi malu still ada pada i masa 2....dalam ati nape la i xamek part memberus...tapi i xnak bg my mom membongkok tok membilas pakaian...kan membongkok 2 xbek tok org tua...

I harap sgt bila i da tua nanti i xkan geli tok wat mcmnie kat my mom...i harap sgt i boleh jaga my mom smpai bila2...AMIN..... 

LOVE U MOM 

 

oNLY oNE MoHD AQIl AZAHAN IN mY LIFe...

ASSALAMUALAIKUM...

Kabare???waras ya PAk....hahaha....as usually every night if xbz la mcm malam ni, i selalu teringat kat seseorg yang bernama Mohd Aqil Azahan Bin NurshaizwAn...sgat2 degil tapi pandai membodek...kalo Dga lagu Fevourite die, mesti die akan terdiam n tersenyum sendiri...senyum2 kambing kot....


Bila datng Je rumah die,,,1st die akan dok sebelah kita n wat macm dak naif...apa yg kita suruh mesti dia akan wat...lakonan je semata2 coz die nak suruh kita bawak die jalan....pandai budak ni wat taktik...

Nak kata hyper kurang ckt la but bila granma and granpa die jaga mest xlarat nak layan die...i jugak yang kna layan....but i xkisah...i suka marah die pas2 die akan wat muka kesian n then akan rasa kesian sangat coz marah die...tapi sekejap je pas2 wat hal balik...if adik i yang jaga die akan gigit my sister smpai lebam....hahaha..i2 lah die si kecil n cilik ni...MOhd Aqil Azahan....


NI MUKA PAS KENA DERA NGAN UNTIE NYER.....HAHAHA



NI TIME DIE SAKIT....XBEST LANGSUNG TIME NI...MERENGEK JE...XDE MUD LNGSUNG...

I LOVE MY PARENT VERY MUCH

ASSALAMUALAIKUM...

B4 I mulakan bicara..I nak berterimakasih kepada ALLAH coz kurniakan i ibu bapa yang sebaik umat...Asam garam kehidupan apabila something buruk jadi pada kita akan menggugat kemesraan hubungan kita sesama manusia but kita mesti berfikiran positif untuk menjernihkan keadaan...

Biasanya manusia ini mudah alpa...insan yang kita pandang selalu dan sentiasa berada di sisi kita selalunya tidak kita hargai apabila hilang dari dunia ni, barulah kita sedar bahawa insan itu amat penting dalam dunia kita...mengalir air mata darah sekalipun xkan dapat menggantikan insan yang telah kembali ke rahmatullah....

Xterfikir ke manusia yang telah mencampakkan ibubapanya jauh dari hati mereka bahawa suatu hari nanti mereka akan dicampakkan sebagaimana yang telah mereka lakukan...Nauzubillah jauhkan lah aku dari perkara ini YA ALLAH...semoga KAU lindungi diriku dan umatmu YA ALLAH....


So nasihat i kepada diri sendiri dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini....sayangilah ibubapa yang telah membesarkan kita even xsempurna manapun kehidupan kita pada masa dahulu but kita mesti besyukur yang kita ni masih ada lagi di muka bumi TUHAN....


I LOVE MY MOM N DAD....



Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.






FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

20 July 2011

Guru Oh Guru....

GURU OH GURU...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu Tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Disebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 



Nurkilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

*Jadi wajarlah jika semua pensyarah samada di IPTA or IPTS meraikan hari yang bersejarah ini iaitu "Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei pada setiap tahun..."Selamat Hari Guru Pada Semua Pengajar"


  

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...