TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

21 July 2011

UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)
 












 
UTHM merupakan IPTA ke -15 negara yang bertukar nama daripada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) kepada UTHM pada 01 Februari 2007. Ditubuhkan secara rasminya pada 27 September 2000 setelah Jemaah Menteri meluluskan permohonan supaya Institusi Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) dinaik taraf menjadi sebuah universiti.

Pada awal penubuhannya iaitu 16 September 1993, UTHM dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) bagi melatih bakal tenaga pengajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui memorandum persefahaman di antara KPM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada 12 April 1996, PLSP telah ditukar nama kepada ITTHO.

Kampus Induk UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang pada awalnya mempunyai keluasan 38 hektar pada tahun 1993. Keluasan ini kemudiannya ditambah seluas 100 hektar pada Fasa 1 dan 99 hektar pada Fasa 2. Oleh kerana penambahan pelajar dan kekurangan ruang, Kampus Bandar telah diwujudkan 1 Mei 2004 di pekan Parit Raja. Pada tahun 2005 keluasan sebanyak 109 hektar telah diperolehi bagi kawasan anjung Labuh, Batu Pahat.


* Banyak sejarah lagi mengenai UTHM yang sebenarnya bermula daripada Politeknik Batu Pahat. Ramai penuntut daripada Politeknik BP telah berpindah ke politeknik-politeknik yang lain ketika peristiwa bangunan runtuh...


Tapi saya yang kini menjadi penuntut UTHM bangga dengan adanya universiti yang telah mengalami banyak perubahan dan peningkatan sehinggalah menjadi IPTA... Dan kini pada tahun 2011 UTHM telah mendapat ranking ke 15 daripada 65 buah universiti terbaik di Malaysia....=) 

3 comments:

  1. comelnye..
    awek sape ni
    nak bkenalan leh x

    ReplyDelete
  2. napenye not interested..
    u da ade yang punye ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...