TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

30 September 2011

1st prezeNtaTioN For This SEm



ASSALAMUALAIKUM....

Hari selasa 20/09/11 adalah hari aku kna pezen..agak cuak cuz da lama x pezen...tapi xtually sume org nervous bila nak kna pezen kat depan org ramai cuma kita kna pandai control je nervous jangan bagi nampak org kan...kna kuatkan semangat..tapi aku heran la lelaki ni kebanyakkan akan merokok tok ilangkan nervous...btol ke cm2, btol ke blh ilang nervous???xkan rokok bg semangat kat diorang kot......ntahla apela rasa bila merokok ni..nape ntah bole jadi gian nak merokok je padahal da banyak iklan pasal bahaya rokok tapi still tegar juga insan2 ni...myb diorg x sayang kot org sekeliling yang lagi bahaya bila menghidu dari org yang merokok...emmm btol ke dapat ilangkan tension bila merokok ni...t la tgu aku habis phD baru aku wat kajian ni...hahaha


JOm layan petua tok ilangkan nervous ni...



1. Baca dan Amalkan DOA Ini :

"Ya Allah..lapangkanlah dadaku, mudahkanlah sgala urusanku, lepaskanlah simpul pengikat lisanku,agar mereka memahami perkataanku"

2. Beranikan Diri Tenung Mata Pendengar

Ketika memberi ucapan , beranikan diri korang untuk menenung mata setiap pendengar korang.Ketika mata bertemu mata, akan wujud satu connection untuk meyakinkan pendengar tentang apa yg korang katakan.Dan insyaAllah, korang akan menjadi lebih yakin dan tenang untuk meneruskan ucapan.Jangan tenung mata pendengar yg berlainan jantina lama-lama sudah, nanti daripada majlis ucapan, bertukar jadi kenduri arwah pulak.

3. Jangan Biarkan Tangan Kosong

Jika korang memberi ucapan berbentuk tazkirah atau sebagainya , yg membuatkan korang duduk di meja, maka pastikan tangan korang ada memegang sesuatu.Tidak kira la apa pun, pen ke, telefon bimbit ke, tak pun korang pegang je meja tu kuat-kuat, supaya gementar korang tu dapat disembunyikan dan lama-kelamaan akan hilang.Jika korang memberi ucapan menggunakan restrum (selalunya ada di majlis ucapan besar-besaran) , maka pegang restrum tu kuat-kuat.Jangan sampai jatuh sudah la.Korang boleh cuba cari video pemimpin-pemimpin ketika memberikan ucapan, kebanyakkan mereka memegang restrum itu dengan kuat.

4. Pelbagaikan Nada Mengikut Isi Ucapan

Korang perlu memberi 'nafas' kepada ucapan korang. Jangan bila ucapan tu berkaitan perkara sedih, korang still cool kononnya, dan ketika ucapan tu bernada semangat, korang slowkan suara pulak. Kena pandai manipulate nada.Bila korang bermain dengan nada ni, sedikit demi sedikit nervous tu akan hilang malah keyakinan akan semakin meninggi.InsyaAllah.

5. Sediakan Air Segelas

Bukan nak kenyangkan perut korang ketika memberi ucapan.Air tu just untuk hilangkan nervous je.So sebab tu aku cakap segelas je.Jangan la gatal letak sampai dua jag.Satu jag air kelapa satu lagi air tebu.Tau la skunk ni bulan puasa.Jangan over.

Banyak lagi tips sebenarnya untuk hilangkan nervous ketika berucap ni.Korang kena pandai manipulate segalanya.Bertindak seiring dengan persekitaran.Jadi 'SATU' dengan persekitaran korang.Anggap seperti korang berada di tempat korang yang korang familiar dan tidak asing.Only then korang akan lancar memberi ucapan.InsyaAllah.

Bila da abez pezen mula la nak enjoy xhingat dunia,,,kalo x rasa xsedap je badan ni...hahaha...Jom layan pic latest kat fakulti baru...sangat2 cantek!!!


"PeAce No WAR"

2 comments:

  1. makasih utk info yg sgt baik ni cikgu..:)))))

    ReplyDelete
  2. untuk saya jugak awak...slalu sgat nervous..hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...