TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

27 September 2011

1st upDAte aFTer maSUk sEm bARu.....YahOO SEm LASt...

ASSALAMUALAIKUM...

Lama gle da x update blog...Salah satunya blogger ni xupdate2 blog disebabkan problem laptop...

"Lappy,,,, saya sayang sangat awak,,,,jangan wat hal lagi k..."

Melayang da duit aku, before ni LCD skang motherboard plak...Aishhhh xpat da aku p shoping2 cmnie...
Ape pendapat korang pasal jenama lappy yg ok??
Da 2 kali aku tuka lappy ni...jenama yang sama gak "COMPAQ"...xtau la knape aku suka jenama ni...

Skang ni aku nak share korang pasal 1st assignment keusahawanan aku...Cmane eh minat ade tok menceburkan diri tapi xde kesempatan la....takut pun ada takut "hangat2 taik ayam je"...teringin sangat nak bukak kedai AVON satu hari nant...sebab aku suka pakai barang avon...hehehe

Assignment aku ni pasal mencari salah sorang usahawan...Terus aku terpk kdai "maidin"..tros aku jadikan Maidin sebagai sumber tok aku wat assignment ngan tajuk nyer "inspirasi kejayaan"....mcmane eh ngan harga murah die boleh jadi seorang usahawan yang berjaya...jom kita layan sedikit pasal "MAIDIN"....


INSPIRASI KEJAYAAN


MYDIN memulakan perjalanan perniagaan pada tahun 1918 oleh Encik Gulam Husen Jamal, iaitu bapa kepada Tuan Mydin Mohamed. Semasa penjajahan Jepun dalam perang dunia kedua, kedai beliau di Pulau Pinang telah dibakar tetapi dengan semangat dan ketabahan telah membuatkan Tuan Mydin Mohamed untuk meneruskan perdagangan borong.

MYDIN diasaskan oleh Tuan Mydin Mohamed pada tahun 1956. Kedai pertama beliau di Kota Bharu, Kelantan. Beliau memulakan perniagaan menjual alat permainan yang diimport dari Thailand. Cawangan kedua ditubuhkan di Terengganu pada 1979 dan diuruskan oleh anak lelaki sulung Tuan Mydin iaitu Encik Murad Ali. Dalam masa kurang 10 tahun, cawangan ketiga MYDIN yang juga permulaam kepada perniagaan keluarga ini bertapak di Lembah Klang yang telah dibuka di Jalan Masjid India oleh Dato’ Ameer Ali iaitu anak kedua Tuan Mydin. Anak-anak Tuan Mydin merupakan tulang belakang pembangunan syarikat disamping peneraju utama iaitu Dato’ Ameer Ali Bin Mydin yang sentiasa memastikan kelancaran urusan perniagaan syarikat.

Pada awal pembabitan Tuan Mydin Mohamed sebagai peruncit di Kota Bharu merupakan detik yang sukar dalam kehidupan beliau kerana Tuan Mydin hanya mempunyai basikal untuk pengangkutan barang-barang. Beliau terpaksa berbasikal di seluruh Bandar dalam panas dan hujan untuk memngambil barang-barang dan membuat penghantaran kepada pelanggan. Manakala apabila membuat penghantaran di Bandar, beliau menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas. Perniagaan yang meningkat maju pada awal perniagaan membolehkan beliau membeli sebuah van untuk kegunaan perniagaan iaitu digunakan sebagai penghantaran barang dagangan. Sepuluh tahun selepas pembabitan beliau dalam perniagaan runcit kecil tidak menghalang beliau untuk menjadi pemborong yang berjaya. Oleh itu, pada tahun 1956, Syarikat Mydin Mohamed iaitu syarikat pemilikan tunggal telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan kerana berdekatan dengan Thailand. Pemilihan Kota Bharu adalah kerana merupakan transit terbaik untuk transaksi perniagaan antara kedua-kedua Negara. Perdagangan ini juga telah memudahkan perniagaan Tuan Mydin berkembang dan meningkat popular di kalangan penduduk tempatan.

Bertitik tolak daripada pembukaan cawangan tersebut, MYDIN telah berkembang dengan pesat dan stabil. Menerusi visi untuk menjadi peneraju Pasaraya Borong Di Malaysia, MYDIN telah beberapa kali menukar nama syarikat sehinggalah MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD ditubuhkan.

MYDIN telah diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad pada 23 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan pada peringkat awal dikenali sebagai Melati Makmur Sdn Bhd. Langkah ini adalah bagi mengambil alih perniagaan Syarikat Mydin Mohamed, sebuah perniagaan milikan tunggal yang ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Encik Mydin Mohamed dan juga Syarikat Mydin Mohamed Brothers, hasil perkongsian di antara Encik Mydin, Rowshan Bhai a/p Kassim Bhai, Murad Ali bin Mydin Mohamed, Dato’ Ameer Ali bin Mydin, Ahimmat bin Mydin Mohamed and Salim bin Mydin Mohamed. Pada 17 Januari 1992, nama syarikat ini telah ditukar kepada Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd dan pada 25 Jun 2001, bertukar pula kepada kepada Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd. Kini syarikat ini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Bhd. 

Sejak penubuhan ibu pejabatnya pada tahun 1991 di WISMA MYDIN di jalan Masjid India, Lembaga Pengarah MYDIN telah berusaha gigih ke arah merealisasikan misi dan visi syarikat yang akhirnya menyaksikan MYDIN berkembang kepada 47 cawangan di seluruh  Negara yang merangkumi 3 buah Pasaraya Besar, 19 emporium, 2 Bazaar, 14 pasar mini, 5 kedai serbaneka dan 5 Mydin Mart yang juga merupakan cawangan MYDIN di bawah program francais.

Dengan kepercayaan bahawa usaha keras, semangat kerja berpasukan serta hubungan dengan pelanggan yang baik akan membuahkan hasil yang menguntungkan. MYDIN telah membuka Pasaraya Hyper Borong MYDIN di USJ 1, Subang Jaya yang merupakan pasaraya borong terbesar di Malaysia pada tanggal 19 Ogos 2006. Namun, MYDIN tidak leka dan terus berusaha memajukan rangkaian perniagaan berpandukan visi syarikat dan budaya organisasi yang telah menjadi sebahagian daripada cara bekerja kakitangannya.

MYDIN menjalankan aktiviti perniagaan runcit dan borong serta memiliki kepelbagaian dalam rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggannnya iaitu dari makanan sehinggalah kepada keperluan isi rumah. Turut dijual ialah barang perkakasan, barang elektrik, alat tulis, barangan tembikar serta permainan. MYDIN juga merupakan pusat penjualan pelbagai barangan muslim.

MYDIN memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding pesaingnya dalam aspek perolehan barangan secara terus dari pengilang. Pembelian barangan dalam skala yang besar amat sinonim dan telah menjadi praktis syarikat ini dan secara tidak langsung memberi keupayaan kepada MYDIN untuk mendapatkan barangan pada kos yang lebih rendah. Kelebihan ini membolehkan MYDIN untuk sentiasa memenuhi falsafah perniagaannyadalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya yang terdiri daripada pengguna akhir, pemborong dan juga peruncit kecil. Barangan kilang yang diperolehi dari pengilang tempatan dan juga Negara asing seperti Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India. Indonesia, Korea, Pakistan, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, United Arab Emirates dan United Kingdom.

“Naik Tangga Jangan Berlari,
Kerana Jika Berlari,
Kita Mungkin Akan Terjatuh Satu Hari Nanti”


"PeaCE No WAr"

6 comments:

  1. lame sungguh cikgu anem menyepi..ternanti2 entri baru cikgu anem tau..

    ReplyDelete
  2. tanks ye wak....awak de blog gak ke??

    ReplyDelete
  3. saye mana la reti blog2 ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...