Powered By Blogger

TAnks For Viewing My Pages...\(^_^)/

5 October 2011

BAYI ADALAH PEMBERIAN TUHAN YANG PALING MULIA....


Melati kuntum tumbuh melata, 
Sayang merbah di pohon cemara, 
Assalamualaikum mulanya kata,
Awal bismillah pembuka bicara...

Ceh2 berpantun2 aku malam2 ni....hehehe...saje nak wat entri pasal bayi cuz pagi tadi lec aku ade membincangkan pasal pembuangan bayi yang agak meluas sejak akhir2 ni...

Xbermoralkah orang itu??atau adakah orang yang terlibat itu adalah dalam golongan mumayiz???atau adakah manusia yang terlibat itu tidak waras atau bahasa kasarnya gila???

Bebaru ni kisah bayi dicampak dari tingat atas flat...YA ALLAH bayangkan la betapa zalimnya manusia skrang ni...memang xde hati perut langsung...Gile zalim budak ni...

Kalo hal begini biasanya siapa yang perlu dipersalahkan???ibu bapa??guru??masyarakat??diri sendiri of cuz la salah...So ibubapa skrang ni kna la make sure anak2 ni mempunyai ilmu agama yang kukuh supaya menjadi penghalang bagi perkara2 macam ni x jadi...

YA ALLAH knape la bayi yang xbersalah 2 jadi mangsa gejala xbermoral ni...Sedih la kalo kita baca hal2 macamnie...Sape2 yang baca cite2 cmnie kalo xtersentuh hati die make sure p la munasabah diri banyak2 ok...

Terpk x kita orang yang lahir anak luar nikah ni senag je bersalin nak dibandingkan dengan perkahwinan yang menghasilkan benih yang suci punya la seksa nak bersalin..tanya la husband2 yang menyaksikan secara live cmane wife die bersalin..ngeri kot...i2 lah dugaan, cabaran n ujian yang diberikan oleh Allah terhadap umatNYA.Kalau la perempuan ni senang je nak bersalin, xde la keistimewaan yang diberikan oleh ALLAH terhadap wanita di muka bumi ni...Sebab 2 la perempuan yang meninggal masa bersalin adalah perempuan mati syahid...sesungguhnya perempuan 2 lagi kuat dari lelaki betul x??yela bersalin 2 kedua paling sakit selepas sakit semasa meninggal dunia...

JOm kita munasabah diri dengan cerita ni...

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini.
Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.
Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.
Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.
“Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.
“Tiada siapa mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran termasuk empat pekerja Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.
“Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.
“Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.
“Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah,” ujarnya yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan lalu.

Cmane...da dapat jawapan??pelik kan orang yang nak anak susah sangat nak dapat..orang yang da dapat senang2 je bunuh, buang smpai binatang buas menjadikan makanan....
So sesiapa belum ade rezeki lagi jgnla sedih2 k...mungkin ni salah satu ujian Allah terhadap hambaNYA...So banyak2 berdoa k..Smoga doa kalian termakbul...AMIN....

"PEace NO WAR"






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...